2 maut, 1 cedera dalam insiden letupan bilik enjin kapal di Samalaju

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo
Advertisement

BINTULU, 3 Ogos: Dua lelaki maut, seorang lagi parah dalam insiden letupan bilik enjin sebuah kapal di Samalaju, dekat sini awal pagi tadi.

Difahamkan mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhamad Firdaus dan seorang lagi dikenali sebagai George, masing-masing berusia 20an dan 30an.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali berkata seorang lagi mangsa cedera melecur di muka dan tangan.

Advertisement

“Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang dikhuatiri menganggu siasatan polis.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dan kes dikelasifikasikan sebagai mati mengejut sementara siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sementara menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba), pihaknya menerima laporan pada jam 12.57 tengah malam.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM, manakala seorang lagi mangsa dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans KKM,” katanya.

Pasukan EMRS dalam mode ‘standby’ di lokasi kejadian sehingga operasi tamat pada jam 2.08 pagi.

Selesai tugas di lokasi, pasukan bomba kemudian berangkat balik ke balai. — DayakDaily

Advertisement