2 lelaki disyaki ‘tokan’ dadah kantoi dalam serbuan di Desa Senadin

Ketulan-ketulan kristal dipercayai Syabu ditemui semasa serbuan pada pagi Sabtu (15 Mei, 2021).

MIRI, 16 Mei: Dua lelaki disyaki terlibat dalam jenayah curi di daerah ini ditahan polis dalam serbuan pada awal pagi Sabtu (15 Mei) di sebuah rumah di Lorong Jati 2F, Desa Senadin fasa 5.

Turut ditemui dalam serbuan dilakukan sekitar jam 12. 10 pagi itu di sebuah rumah ialah dadah dipercayai jenis Syabu dengan berat 12.93 gram.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek berusia 30 dan 50 tahun itu juga merupakan ‘tokan’ dadah selain terlibat dengan beberapa siri kegiatan jenayah pecah rumah dan curi.


Anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri turut menemui tiga unit telefon binbit berbagai jenis; wang tunai berjumlah RM1,420 dan dokumen perjanjian jual beli kenderaan.

Kedua-dua suspek kini sedang dalam tahan polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol mengesahkan tangkapan. — DayakDaily