Enggan jaga anak, suami cederakan bini di Miri

Suspek (tengah) ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 16 Mei: Seorang surirumah bukan sahaja dikasari, malah turut di ‘smack down’ suaminya ke tanah dalam satu kejadian pada petang Jumaat (14 Mei).

Difahamkan, kejadian berlaku apabila si suami tiba-tiba ‘naik angin’ selepas isterinya yang berusia 24 tahun memintanya menjaga anak mereka, memandang mangsa perlu menyelesaikan beberapa tugasan di dapur.


Kejadian berlaku sekitar jam 6 petang di rumah pasangan itu di Jalan Maigold Senadin.

Susulan kejadian, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

Bertindak dari laporan polis yang dibuat mangsa, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menahan suspek yang berusia 40 tahun itu di kediamannya, kurang dua jam selepas kejadian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. — DayakDaily