2 buah rumah termasuk rumah kosong hangus terbakar di Kampung Balat, Tinjar Baram awal pagi tadi

Dua buah rumah di Lapok Tinjar Baram hangus dijilat api awal pagi tadi.

Brad Rantayy

MIRI,5 Mei: Sebuah rumah kosong antara dua buah kediaman dilaporkan musnah dalam satu kebakaran di Kampung Balat, Lapok, Tinjar Baram, awal pagi Khamis (5 Mei).

Menurut Pemangku Ketua Zon, Jabatan Bomba dan Penyelanat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, seramai lapan anggota dari Balai Bomba Lopeng telah bergegas ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 2.41 pagi tadi.


Lokasi kejadian terletak kira-kira 101km dari Balai Bomba Lopeng.

“Sampai di lokasi, memang benar berlaku kebakaran dan kebakaran telah memusnahka kedua-dua rumah,”ujarnya.

Kebakaran telah dipadam sepenuhnya semasa bomba sampai di lokasi dan keadaan masa tersebut adalah hujan lebat.

“kebakaran melibatkan dua buah rumah yang dibina berasingan dari dan telah terbakar sepenuhnya sebelum ketibaan pihak bomba,” Ahmad Nizam berkata.

Tiada mangsa terlibat dan seorang penghuni dari salah sebuah rumah yang terbakar terbabit telah berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian.

Difahamkan, salah sebuah rumah yang terbakar adalah tidak berpenghuni.

Operasi tamat pada jam 5.44 pagi. — DayakDaily