197,797 pemohonan Kenyalang Gold Card diterima tahun lalu

Datuk Seri Fatimah Abdullah ketika sidang Media Penyelarasan Kenyalang Gold Card dan Bantuan Ihsan Kematian di Bangunan Baitulmakmur, Petrajaya,Kuching.

KUCHING, 22 Jan: Sebanyak 197,797 permohonan Kenyalang Gold Card (KGC) diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sepanjang tahun lalu.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan kanak-Kanak, Datuk Seri fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sejumlah 184,084 (92%) kad telah dicetak dengan133,274 (72.4%) sudahpun diagih kepada pemohon.

” Manakala setakat 22 Januari 2021, sebanyak 2,000 permohonan lagi telah diterima menjadikan jumlah keseluruhan permohonan KGC setakat ini adalah 199,797,”katanya pada sidang Media Penyelarasan Kenyalang Gold Card dan Bantuan Ihsan Kematian di Bangunan Baitulmakmur di sini hari ini.


Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 195 vendor telah mendaftar sebagai Merchant Kenyalang Gold Card yang akan menawarkan diskaun dan rebat merangkumi bidang kesihatan, Pengangkutan Awam dab barang keperluan.

Katanya, daripada 195 vendor tersebut, sebanyak 86 vendor terletak di Kuching. Samarahan (11), Serian (6), Sri Aman (3), Betong (2), Sarikei (3), Kapit (1), Sibu (24), Mukah (5), Miri (32), Bintulu (12) dan Limbang (10).

“Penyertaan Vendor-vendor ini selaras dengan salah satu objektif KGC itu sendiri iaitu Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan menyumbang balik kepada masyarakat,”katanya,

Fatimah berkata, setakat hari ini, Jabatan kebajikan Masyarakat Sarawak telah menerima sebanyak 2,224 pemohonan Bantuan Ikhsan Kematian daripada Waris pemegang KGC.

katanya, pada tahun lalu JKM telah menerima sebanyak 1,983 pemohanan BIK daripada waris pemegang KGC manakala 241 pemohonan lagi diterima sehingga hari ini (22 Jan).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,686 permohonan telah lulus dengan pembayaran berjumlah RM5,058,000.

“Bantuan ini adalah untuk pemegang kad KGC yang tidak menerima sebarang bantuan kebajikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam – pencen, Insuran, Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO dan ia perlu dikemukakan dalam tempoh 90 hari (3 bulan) selepas pemgang kad KGC meninggal dunia,” katanya.

Tambah Fatimah, inisiatif KGC merupakan antara persediaan Sarawak dalam berhadapan dengan isu penuaan dalam populasi yang kian meruncing.

katanya, menjelang 2030, Sarawak dianggarkan mempunyai 16% bersamaan dengan 0.5 Juta (526,000) orang tua dalam keseluruhan populasi yang mendiami negeri tersebut.

Mengikut sumber daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, bilangan kes untuk Bantuan Orang Tua pada tahun 2020 adalah sebanyak 20,332 kes dengan perbelanjaan sebanyak RM78,973,904 dan ini dijangkan akan terus meningkat pada masa akan datang,”katanya. – DayakDaily