This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 26 Julai: Sebanyak 17 aktiviti mengisi Festival Makanan Kuching 2023 yang bakal bermula 28 Julai hingga 20 Ogos ini.
Dato Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, festival tahun ini adalah ulang tahun ke-35 MBKS diberi taraf bandaraya.
“Festival bakal dirasmikan pada 29 Julai ini. Pengisian festival melibatkan acara hiburan setiap malam, pertunjukan seni mempertahankan diri, Kuching Got Talent, Konsert Muzik Tradisional Cina.
“Aktiviti lain ialah International Friendship Cities Night, Tarian Rakyat, Tarian Yuanji, Basketball Jamboree, Kuching Zumba Fiesta, Mayor’s Walk dan Pertandingan Bina Badan,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.
Sementara itu katanya, para pengunjung berpeluang memenangi motosikal dan basikal menerusi cabutan bertuah.
Katanya, tiga buah motosikal dan 2 buah basikal serta 2 komputer riba menanti pemenang cabutan bertuah.
“Untuk memenangi cabutan bertuah, pengunjung dikehendaki mengimbas ‘barcode’ yang disediakan di pintu masuk,” kata Wee. — DayakDaily