1,646 permohonan diiktiraf Bumiputera Sarawak diterima, 1,338 lulus — Sikie

Sikie dalam ucapan penggulungan kementerian di Dewan Undangan Sarawak.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 13 Mei: Sebanyak 1,646 permohonan untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak telah diterima oleh Jawatankuasa Pengiktirafan bagi tempoh dari November 2023 sehingga April 2024.

Menurut Menteri Di Pejabat Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,338 atau 81.2 peratus permohonan telah diluluskan.

Advertisement

“Keputusan dan Sijil Pengiktirafan sebagai Bumiputera Sarawak telah dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil yang berkenaan secara berperingkat untuk disampaikan kepada pemohon-pemohon yang terlibat,” katanya.

Sikie berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementerian pada Persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) hari ini.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak sedang membangunkan aplikasi yang dikenali sebagai ‘Sarawak Native Recognition Application System’.

Katanya, bagi membolehkan pemohon membuat permohonan untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak secara atas talian melalui portal ‘sarawak.gov.my’ dan akan dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini. — DayakDaily

Advertisement