14 lagi lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak

File photo menunjukkan polis memeriksa kenderaan di sebuah sekatan jalan raya.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 8 Sept: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini mengarahkan 14 lokaliti di Sarawak menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Melalui kenyataan hari ini, JPBNS berkata ia melibatkan daerah Bintulu, Lubok Antu, Pakan, Julau, Sri Aman, Sarikei dan Betong.

Di Bintulu, JPBNS berkata PKPD dikuatkuasakan di Bilik Sewa atas Kedai Wellgo Cold Drink & Café, Bilik Sewa atas Kedai Modern Lighting And Curtain, Bilik Sewa atas Kedai Bamboo Restaurant dan Kuarters SK Kuala Tatau Bintulu mulai 7 hingga 20 Sept.


“Turut dikenakan PKPD bagi tempoh 8 hingga 21 Sept ialah Rh Tawie di Skrang di Lubok Antu, Rh Sang di Rantau Chire di Pakan, Rh Janting di Nanga Merurun di Julau, Rh Achum di Nanga Selatak di Julau dan Rh Unding di Balut Julau.

“Manakala 2 lokaliti di Sri Aman iaitu Rh. Senabong, Kubau Ili di Pantu dan Rh. Nanta di Kampung Purai dikenakan PKPD mulai 8 hingga 21 Sept,” katanya.

Bagi daerah Sarikei, PKPD dikenakan di Rh Serit di Tanah Putih dan Rh Empenie di Sg Ribong mulai 9 hingga 22 Sept.

Satu lokaliti di Betong iaitu Rh Sia di Entawa, Debak turut dikenakan PKPD mulai 9 hingga 22 Sept.

JPBNS turut memaklumkan pelanjutan PKPD di 5 lokaliti yang melibatkan daerah Lubok Antu, Mukah dan Sri Aman.

Di Sri Aman, PKPD dilanjutkan di Rh James Drew di Nyelam, Rh. Lindang di Lachau Ili, Rh Lani di Empelanjau Asal mulai 9 hingga 22 Sept.

Manakala di Lubok Antu pelanjutan PKPD melibatkan Rh Unkie di Tabau mulai 9 hingga 22 Sept.

“Di Mukah, pelanjutan PKPD melibatkan Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn Bhd mulai 10 hingga 16 Sept,” kata JPBNS. — DayakDaily