13 kumpulan ‘team excellent’ menerima pingat emas

Naroden (dua dari kiri) menyampaikan sijil dan pingat emas kepada salah satu kumpulan 'team excellent'.

KUCHING, April 17: Sebanyak 13 kumpulan ‘team excellent’ dari pelbagai organisasi di Sarawak mendapat pingat emas di acara Anugerah Konvensyen Team Excellent Peringkat Mini (MTEx) Wilayah Sarawak 2019 di sebuah hotel di sini, semalam.

MTEx Wilayah Sarawak 2019 dianjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak bagi menyediakan peluang kepada kumpulan terbabit memberi sumbangan idea-idea inovasi atau penambahbaikan yang memberi impak kepada organisasi.

Keseluruhannya sebanyak 16 kumpulan ‘team excellent’ dari jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pengajian tinggi dan sektor swasta mengambil bahagian dalam anugerah konvensyen terbabit.


Kumpulan mendapat pingat emas ialah Mekatrik 7 dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), LSS (Malaysia LNG Sdn Bhd), Lok Al Khaf ( Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak), Mad Chemists 1 (Malaysia LNG Sdn Bhd), Dr Aian (Malaysia LNG Sdn Bhd), Mad Chemists 1 (Malaysia LNG Sdn Bhd), Kumpulan Idea ( Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Labuan), Medic Team (Universiti Malaysia Sarawak), High Loading Task Force (Malaysia LNG Sdn Bhd), F.M.B (DBKU) dan Supernova (Malaysia LNG Sdn Bhd), Rentap (Malaysia LNG Sdn Bhd) dan Blue Dolphin ((Malaysia LNG Sdn Bhd).

Manakala kategori Anugerah ‘The Most Promising Circle’ telah dimenangi kumpulan Mekatrik 7 (DBKU) manakala kategori Anugerah Kumpulan Team Excellent (TE) Muda Terbaik dimenangi kumpulan Rentap (Malaysia LNG Sdn Bhd).

Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Datuk Mohd Naroden Majais menjadi tetamu kehormat menyampaikan sijil dan pingat emas kepada 13 kumpulan terbabit dan tiga kumpulan yang mendapat pingat perak iaitu ialah Academia, Acads dan IR 4.0 yang kesemuanya dari Universiti Malaysia Sarawak.

Selepas ini MTEx 2019 Wilayah Tengah akan diadakan di Shah Alam Convention Centre di Selangor pada April 18 diikuti MTEx2019 Wilayah Sabah di The Palace Hotel, Kota Kinabalu pada April 23 dan MTEx Wilayah Selatan di Trove, Johor Bharu pada April 25. — DayakDaily