12 sekatan jalan raya dalam tempoh 24 jam PKPB

PDRM logo

KUCHING, 14 Jan: sebanyak 12 buah sekatan jalan raya dilaksanakan oleh polis Sarawak sepanjang tempoh 24 jam Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang dilaksana di tiga Zon iaitu Zon Kuching, Sibu dan Miri.

Persuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, seramai 300 anggota yang terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Temtera Malaysia (ATM) dan beberapa agensi lainnterlibat dalam operasi terbabit.

“Sepanjang tempoh tersebut, kita telah memeriksa sebanyak 2,778 buah kenderaan awan yang ingin melakukan perjalanan merentas zon.


“Sepanjang tempoh itu juga, kita turut mengarahkan lapan buah kenderaan untuk berpatah balik selepas mendapati mereka tidak memenuhi syarat untuk melakukan perjalanan rentas Zon seperti yang telah ditetapkan sebelum in,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aidi berkata, sebanyak 5,371 pemohohan untuk permit melakukan perjalanan rentas zon diterima oleh pihaknya sepanjang tempoh 24 jam PKPb dilaksanakan di tiga zon terbabit.

Katanya, daripada jumlah tersebut,sebanyak 5,346 pemohonan permit telah diluluskan manakala 25 pemohonan lagi tidak diluluskan. -DayakDaily