12 PATI ditangkap, cuba seludup balik ke negara asal

PATI dan barangan rampasan operasi tersebut.

KUCHING, 15 Mei: Cubaan 12 lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup keluar menerusi sempadan Sarawak-Indonesia gagal apabila mereka ditangkap Angkatan Tentera Malayaia (ATM), kira-kira jam 6 pagi tadi.

Jurucakap Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berkata kesemua PATI terbabit dikesan menaiki enam buah motosikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan sempadan Malaysia menuju ke Indonesia.

Katanya, hasil siasatan awal kesemua mereka yang berusia lingkungan 24 hingga 43 tahun merupakan warga Indonesia dan mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.


Kesemua suspek kemudian diserahkan kepada Balai Polis Daerah Lundu untuk tindakan siasatan lanjut.

Selain itu, pasukan operasi turut merampas beberapa barangan kes termasuk enam buah motosikal, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM21,582 secara keseluruhan. — DayakDaily