119 mangsa banjir ditempatkan di tiga PPS di Kuching dan Bau

Pemantauan dilakukan oleh anggota APM.
Advertisement

KUCHING, 23 Dis: Sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 119 mangsa banjir di daerah Bau dan Kuching sehingga jam 7 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 75 mangsa yang terdiri daripada 14 buah kekuarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Bedaun di Jalan Sultan Tengah.

Manakala 40 mangsa dari 15 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Jugan dan empat mangsa lagi ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Opar.

Advertisement

Sehingga pagi tadi, sebanyak 54 lokasi berisiko banjir telah dipantau dengan kekuatan petugas seramai 73 orang.

Kuching, Serian, Kota Samarahan, Sri Aman dan Betong diramalkan hujan lebat berterusan sehingga 24 Disember ini. — DayakDaily

Advertisement