1,144 sembuh, 1141 kes baharu Covid-19 di seluruh negara

Status terkini Covid-19 Malaysia (4 Dis, 2020)

Oleh Cornelius Kadir Edison

PUTRAJAYA, 4 Dis: Jumlah kes sembuh daripada Covid-19 di seluruh negara hari ini berjaya mengatasi jumlah kes positif baharu dengan 1,144 kes sembuh berbanding 1,141 kes positif baharu dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan kumulatif kes sembuh daripada wabak tersebut meningkat kepada 56,061 atau 84.1 Peratus berbanding kumulatif kes positif iaitu 70,236 dengan kebolehjangkitan sebanyak 10,799 kes.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri-negeri di kawasan lembah Kelang masih kekal melaporkan jumlah kes harian tertinggi dengan 578 kes atau 50.7 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini.

Katanya Selangor dan Sabah mencatatkan jumlah kes harian tertinggi hari ini dengan masing-masing melaporkan sebanyak 320 kes (28 peratus) diikuti Kuala Lumpur dengan 256 kes.

Kes baharu mengikut negeri (4 Dis, 2020)

“Sebanyak 32 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), Kluster Bakti (4 kes), Kluster PTS Sibuga (3 kes) dan Kluster Penjara Reman (1 kes),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara kekal sebanyak 376 kematian sehingga kini.

Pada masa yang sama sebanyak 129 kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 53 kes daripanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain itu, lapan cluster baharu diistyhar hari ini menjadikan sebanyak 381 kluster telah diistiharkan oleh Kementerian Kesihatan dengan193 daripadanya telah tamat termasuk empat cluster yang diistyhar tamat pada hari ini,” tambahnya. – DayakDaily