11 rumah hilang bumbung di Kg Opar akibat angin kencang

Anggota Bomba beroperasi membuang dan memindahkan serpihan kerosakan bangunan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


BAU, 4 Jan: Sekurang-kurang 11 buah rumah di Kampung Opar, Jalan Bau-Lundu mengalami kerosakkan atap bumbung akibat angin kencang malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 8.10 malam.

Katanya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memantau keadaan.


Penduduk kampung yang terjejas dipindahkan ke PPS.

“Komander operasi melaporkan lima buah rumah tercabut keseluruhan atap, manakala enam lagi rumah tercabut separuh.

“Semua penghuni rumah yang terjejas teruk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Opar,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba yang diketuai Pegawai Kanan Bomba Tawang Lingem membuat operasi membuang dan memindahkan serpihan kerosakan bangunan.

Difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Operasi turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan Jabatan Kebajikan. — DayakDaily