Oleh Brad Rantayy
MIRI, 28 Ogos: Seramai 11 pelangan sebuah pusat hiburan di Permyjaya di sini pada awal pagi tadi dikejutkan dengan kehadiran anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ).
Kesemua mereka, dengan 11 pekerja pusat hiburan tersebut telah ditahan dalam serbuan mengejut itu yang dilakukan sekitar jam 3 pagi.
Empat daripada 22 suspek yang ditahan adalah wanita termasuk beberapa warga asing yang bekerja di dalam pusat hiburan berkenaan,” ujar Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika ditemui DayakDaily hari ini.
“Mereka telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2001; Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63; Peraturan 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
“Kesemua suspek telah menjalani ujian air kencing,” katanya.
Menurut Lim, serbuan itu dilakukan selepas mendapat aduan dari orang awam mengenai bunyi bising yang melampau sehingga menggangu kawasan perumahan berdekatan. -DayakDaily