11 anggota Bomba terlibat hantar bekalan makan di Kg Haji Baki

Kelihatan anggota Bomba menghantar bekalan makanan kepada penduduk di Kg Haji Baki yang terlibat dengan PKPD.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 1 Nov: Seramai 11 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak terlibat dengan khidmat menghantar bekalan makanan kepada penduduk Kampung Haji Baki yang masuk hari kedua PKPD hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata operasi tersebut yang bermula dari jam 10.30 pagi hingga 5 petang tadi di ketuai Penguasa Bomba, Nik Muhammad Afiq Nik Roslan.

“Agihan bekalan makanan telah diagihkan mengikut kawasan iaitu Blok A, Blok B, Blok C dan kawasan perumahan Kg Haji Baki dengan anggaran keluasan adalah 44 ekar.


“Semua anggota yang terlibat telah menjalani disinfeksi sebelum bergerak balik ke balai masing-masing.”

Kelihatan anggota Bomba menghantar bekalan makanan kepada penduduk di Kg Haji Baki yang terlibat dengan PKPD.

Pada 27 Okt lalu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kampung berkenan bermula 28 Okt hingga 11 Nov depan.

Ia selepas terdapat peningkatan kes positif Covid-19 dilaporkan di kampung tersebut.

PKPD tersebut merangkumi 532 buah rumah di kampung itu melibatkan seramai 4,190 orang penduduk. — DayakDaily