1,000 pengunjung meriahkan Hari Hidro Batang Ai 2024

Peserta-peserta Larian Buih HEP Batang Ai 2024. Foto: Ukas
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 24 Julai: Seramai 1,000 pengunjung dari sekitar Lubok Antu telah hadir memeriahkan sambutan Hari Hidro Batang Ai 2024 di Loji Hidroelektrik (HEP) Batang Ai Sarawak Energy.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), sambutan telah diadakan dari 13 hingga 14 Julai lepas bersempena Hari Tenaga Hidro Global yang bertujuan menonjol peranan kuasa hidro mampan dalam memajukan tenaga bersih.

Advertisement

Acara kemuncak itu ialah Larian Buih HEP Batang Ai 2024, di mana seramai 400 pelari dari semua peringkat umur harus mengharungi laluan di sepanjang takungan Batang Ai.

Sambutan dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif SEB Power, Ir Bunyak Lunyong.

ā€œLarian Batang Ai ialah acara tahunan yang direka untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan Sarawak Energy dan masyarakat setempat sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan kolektif kita.

ā€œHari Hidro menawarkan peluang untuk mempamerkan impak positif HEP Batang Ai kepada komuniti serta menyerlahkan komitmen terhadap penglibatan masyarakat di samping mempromosikan gaya hidup sihat,ā€ katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Seramai 10 pemenang larian yang merentasi semua kategori menerima hadiah wang tunai serta pingat dan selaras dengan tema, buih sabun ditiup dari stesen di sepanjang laluan untuk menyemarakkan lagi suasana.

Antara aktiviti lain ialah persembahan nyanyian dan permainan tradisional seperti ‘Pekit Nyumpit’, ‘Pekit Batak Tali’ dan ‘Pekit Belanda Dalam Guni’. ā€” DayakDaily

Advertisement