​Diserang sawan, lelaki maut apabila motosikal jatuh longkang

BINTANGOR: Dipercayai diserang sawan seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan kendiri lalu terjatuh dalam longkang, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Mosses ak [email protected] Sulaiman,35, dari rumah Jegalang, Sungai Meradong ditemui orang awam yang kebetulan melalui jalan itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.34 pagi.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dengan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian menggunakan jentera Atego diketuai oleh PBK II Samsawi,” katanya di sini hari ini.

Mosses ak [email protected] Sulaiman,35, dari rumah Jegalang, Sungai Meradong maut setelah motosikal yang ditunggangnya jatuh longkang

Katanya,berdasarkan laporan saksi di tempat kejadian masa sebenarnya kemalangan berlaku tidak diketahui.

“Saksi yang lalu di tempat kejadian ternampak sebuah motosikal dalam longkang berkenaan.

“Selepas itu barulah saksi ternampak mangsa di tempat yang sama,” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa telah diangkat dari longkang oleh orang awam dan ditempatkan di tepi jalan raya.

“Anggota paramedik yang tiba dengan ambulans di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa seterusnya di serahkan kepada pihak polis utk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, berdasarkan warisnya, mangsa adalah pengidap penyakit sawan dan kerap kali pengsan.-dayakdaily.com