Yayasan Sarawak bantu pelajar Sarawak selesaikan 30 peratus baki pinjaman PTPTN

Azmi Bujang

KUCHING, 20 Jan: Seramai 9,634 pelajar kelahiran Sarawak bakal mendapat manfaat pengurangan sebanyak 30 pertutus daripada jumah pinjaman mereke dengan perbadanan Tabung Pendidikkan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ia menerusi inisiatif kerajaan Sarawak dalam membantu pelajar yang layak untuk menyelesaikan bayaran Pinjamam PTPTN dengan membayar sebanyak 30 peratus daripada baki keseluruhan pinjaman mereka melalui Yayasan Sarawak.

Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang berkata inisiatif tersebut hanya layak diberikan kepada pelajar yang telah menyelesaikan sekurang-sukurangnya 30 peratus pinjaman merekeka dengan PTPTN.


“Melalui pendekatan ini, kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak akan membelanjakan sebanyak RM30 juta yang dimanfaatkan oleh 9,634 pelajar sarawak.

“Yayasan Sarawak dan PTPTN masih dalam peringkat terakhir dokumentasi dan pelajar boleh menghubungi PTPTN untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai pinjaman mereka,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pelajar yang layak boleh menghubungi PTPTN atau Yayasan Sarawak bagi mengetahui jumlah baki pinjaman mereka memandangan maklumat itu sentiasa ada dalam pengkalan data kedua-dua agensi terbabit.

Katanya, urusan berkenaan bayaran sebanyak 30 peratus baki pinjaman pelajar terbabit adalah antara PTPTN dengan Yayaysan Sarawak dan pelajar hanya perlu mendapatkan maklumat jumlah baki pinjaman serta peratusan pembayaran pinjaman yang telah mereka lakukan.

“Konsepnya ialah pelajar mesti membayar sekurang-kurangnya 30 peratus sebab kita tidak boleh bantu mereka yang belum mebayar satu sen pun pinjaman mereka sama ada dengan PTPTN atau Yaysaan Sarawak kerana itu adalah formula yang telah dipersetujui,” katanya.

Azmi berkata, pendekatan sama juga diberikan kepada pelajar Sarawak dibawah Skim Pinjaman Biasiswa Dalam Negara Yayasan Sarawak.

Jelas beliau, berdasarkan formula sama, seramai 3,715 pelajar dibawah skim biasiswa pinjaman tersebut layak untuk menerima inisiatif berekenaan.

“Bagi pelajar dibawah Skim Pinjaman Biasiswa Dalam Negara Yayasan Sarawak ini, mereka boleh membuat pemohonan secara bertulis kepada Yayasan Sarawak,” katanya. — DayakDaily