Yadim Sarawak hulurkan bantuan Ramadan dan Aidilfitri

Lo (tiga dari kiri) pada majlis simbolik penyampaian bantuan Yadim.

KUCHING, 9 Mei: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan(MPP) Lo Khere Chiang hari ini menyempurnakan penyampaian bantuan Ramadan dan Aidilfitri anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sarawak.

Seramai 30 keluarga terpilih daripada enam buah kampung menerima bantuan tersebut pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Bunga Rampai dekat sini.

Bantuan adalah berupa barang dapur, bekalan makanan asas dan wang tunai.

Pada majlis simbolik penyampaian, Lo yang juga Adun Batu Kitang menyampaikan bantuan kepada enam keluarga.

Enam kampung terlibat ialah Kampung Bunga Rampai, Kampung Keranji, Kampung Lidah Tanah, Kampung Batu Kitang, Kampung Bukit Panchor dan Kampung Batu Kitang.


Turut hadir Pengarah Yadim Sarawak Awang Dulhadi Awang Mat. — DayakDaily