Warga SJK Chung San sertai ceramah keselamatan kebakaran

Anggota bomba memberi penerangan mengenai keselamatan kebakaran.

Oleh Dean Adam

MIRI, April 22: Seramai 707 orang murid dari SJK Chung San Miri telah mengambil bahagian dalam ceramah keselamatan kebakaran di sekolah berkenaan hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, selain murid-murid, turut menyertai program tersebut ialah 15 warga pendidik serta staf sokongan sekolah berkenaan.


Katanya, matlamat utama aktiviti ceramah kebakaran itu adalah bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah dan para murid-murid mengetahui tentang bahaya kebakaran.

“Selain itu, mereka turut didedahkan dengan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.

“Kami berharap menerusi program ini, murid-murid serta warga sekolah dapat bersiap-siaga sekiranya berlaku kecemasan (kebakaran),” katanya di sini hari ini.

Law menambah, dalam program sama, semua peserta telah didedahkan dengan kaedah atau tindakan yang bersistematik dalam menyelamatkan diri ketika kebakaran atau kecemasan. — DayakDaily