Warga emas terjerat tali benang layang-layang kaca

Mangsa telah dimasukkan ke wad Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 7 Okt: Tragedi terjerat tali layang-layang benang kaca di Miri berulang kembali.

Dalam kejadian terbaru yang dilaporkan berlaku petang Rabu (6 Oktober) di Senadin, seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan pada bahagian lehernya selepas terjerat tali benang layang-layang kacak sewaktu balik dari tempat kerjanya ketika menunggang sebuah motorsikal.


Menurut keluarga mangsa, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang.

Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.

Susulan kejadian, keluarga mangsa mengesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang lagi di masa hadapan.

Difahamkan mangsa berusia sekitar 50-an itu telah dimasukan ke wad Hospital Miri untuk pemantauan selanjutnya.

Pada Julai lalu, dua lelaki dilaporkan cedera pada bahagian tangan dan leher setelah terjerat benang layang-layang kaca di kawasan Tudan dan Permyjaya. — DayakDaily