This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 12 Sept: Wanita warga emas rugi RM280,000 selepas didakwa ambik ubat tahan sakit dalam kuantiti yang banyak.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata mangsa, 60an yang merupakan kerani di sebuah syarikat telah menerima panggilan dari seseorang yang memperkenalkan diri dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 10 Ogos.
Katanya, mangsa telah diberitahu oleh individu terbabit bahawa telah mengambil ubat tahan sakit dalam kuantiti banyak.
“Mangsa menafikan perkara tersebut dan kemudian telah disambung panggilan kepada ‘Sjn Azlan’ dari IPK Perak.
“Sjn Azlan mengatakan terdapat waran tangkap atas nama mangsa kerana melakukan jenayah pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk membuat pindahan wang ke beberapa akaun bagi tujuan siasatan.
“Mangsa kemudian telah melakukan sembilan transaksi pindahan wang keseluruhan berjumlah lebih kurang RM280,000 ke tiga akaun bank yang berbeza pada pertengahan bulan Ogos sehingga awal September,” katanya.
Mangsa hanya menyedari setelah gagal menghubungi suspek selepas kali terakhir membuat transaksi.
Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan. — DayakDaily