Warga emas maut dalam kemalangan kendiri

Tan Luan Chay, 66, maut setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Teng Chin Hua, Sibu.

SIBU: Seorang warga emas maut setelah kereta Perodua Myvi yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Teng Chin Hua, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata,dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa Tan Luan Chay,66, gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar tiang lampu di bahu jalan.

“Akibat rempuhan itu mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan disahkan pihak perubatan maut serta-merta di tempat kejadian.

“Bagaimanapun,tiga penumpang wanita berusia 45 dan 50 tahun serta kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang turut berada di dalam kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.