Warga emas disahkan temui ajal selepas pengsan semasa jogging

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Julai 15: Malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila dia menemui ajal selepas dipercayai pengsan semasa berjogging di Taman Reservoir di sini hari ini.

Mangsa yang berumur 60 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di Hospital Umum Sarawak kira-kira pukul 12.17 tengah hari.

Advertisement

Menurut sumber, sebelum itu mangsa dikatakan dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di taman rekreasi berkenaan kira-kira pukul 6 pagi.

Katanya, orang awam kemudian menghubungi pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Kata jurucakap polis, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — DayakDaily

Advertisement