Warga China maut dalam kemalangan di Siniawan

Keadaan kereta mangsa selepas kemalangan tersebut.
Advertisement

BAU, 8 Ogos: Seorang lelaki warganegara China meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan kendiri di Kilometer 10 Jalan Bau-Kuching, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 35 tahun dan beralamatkan menetap di Kangkar Pulau, Johor Bharu.

Katanya, semasa kejadian mana memandu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dari arah Kuching menuju ke Siniawan pada jam 10.52 malam.

Advertisement

Dipercayai mangsa gagal mengawal keretanya itu lalu terbabas melanggar papan tanda dan tiang lampu di tepi jalan raya tersebut.

Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari klinik berdekatan hadir di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Hadir sama di lokasi kejadian ialah anggota dari Balai Bomba Bau untuk membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kereta.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut polis masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.— DayakDaily

Advertisement