Wanita warga Indonesia ditemui mati di MJC

Mayat mangsa dibawa turun dari tempat kejadian (29 Mei 2022).

KUCHING, 30 Mei: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati di sebuah unit rumah di pusat komersial Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) di sini semalam.

Menurut sumber, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam yang dipercayai kenalan mangsa sekitar jam 5.30 petang.

Seterusnya laporan dibuat dan sepasukan polis tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.


Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan tersebut dan memberitahu siasatan masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian juga boleh menyalurkannya kepada pihak polis. — DayakDaily