Wanita warga emas maut dalam runtuhan bahagian dapur rumah

nggota Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan.
Advertisement

KUCHING, Apr 21: Seorang wanita warga emas maut selepas terperangkap dalam kejadian runtuhan bahagian dapur rumahnya di Kampung Semariang Batu, awal pagi ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Hajijah Mahtar, 72, mengalami kecedaraan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota dari Balai Bomba Petra Jaya tiba di lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 7.25 pagi.

Advertisement

“Setiba di lokasi kejadian didapati rumah tersebut telah runtuh pada bahagian dapur dan ada seorang mangsa terperangkap.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan yang dalam keadaan cedera parah di bahagian kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh anggota paramedik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.—DayakDaily

Advertisement