Wanita warga emas hilang semasa ke kebun ditemui selamat

Keadaan di rumah mangsa apabila mangsa selamat dibawa pulang.
Advertisement

Oleh Dean Adam

BINTULU, Feb 10: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang semalam ditemui selamat awal pagi tadi.

Mangsa, Hasimah Julaihi yang berusia 57 tahun dijumpai selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung pada pukul 4.35 petang.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sebelum itu pihak bomba menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada pukul 9.33 malam.

Sejurus itu katanya, sepasukan empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) telah ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi SAR

“Seramai 10 anggota pasukan bomba sukarela dari Jepak juga membantu operasi berkenaan.

“Sebelum itu, mangsa dikatakan keluar ke kebun namun tidak pulang ke rumah sebelum ahli keluarganya membuat laporan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, semasa ditemui mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun katanya, wanita tersebut dalam keadaan lemah sebelum diberi rawatan awal oleh pasukan bomba.

“Operasi SAR ditamatkan sejurus mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya. — DayakDaily

Advertisement