Wanita tertusuk besi di paha

Mangsa menunggu bantuan di Hospital Bintulu.

BINTULU, 24 Mac: Seorang wanita cedera di paha akibat tertusuk besi di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Bintulu yang kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu pada jam 1.37 pagi.

Beberapa anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas itu.

“Setiba di lokasi, didapati benar terdapat seorang wanita berusia 20an tertusuk besi di paha kanan seperti yang dilaporkan.

“Pasukan Bomba bertindak menggunakan peralatan khas (ring cutter) bagi memotong besi tersebut sehingga berjaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setelah berjaya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak perubatan KKM untuk rawatan.

Pasukan Bomba kemudian berangkat balik ke balai. — DayakDaily