KUCHING, 14 Sept: Ketua Wanita PKR Mas Gading Meneng Biris menyumbang 200 ekor anak ayam kepada 20 orang ibu tunggal di Kampung Opar pada Khamis (10 Sept) lepas.
Menurut Meneng, ia adalah usaha membantu golongan tersebut yang telah menghadapi kesukaran sepanjang krisis pandemik Covid-19.
Terdahulu katanya, sejumlah 600 ekor anak ayam telah diagihkan kepada ahli-ahli Wanita dan ibu-ibu tunggal di kawasan Opar.
“Saya berharap dengan sumbangan ini akan menarik minat mereka untuk menguruskan bidang penternakan secara kecil-kecilan.
“Sumbangan yang sedikit itu juga boleh menjimatkan sedikit perbelanjaan untuk belanja runcit mereka nanti,” kata Meneng menerusi satu kenyataan.
Tambah beliau, Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mas Gading akan membantu golongan pekebun dan penternak untuk mendapatkan anak pokok buah-buahan yang berkualiti dan bekalan anak ayam, itik telur dan anak ikan dari Jabatan Pertanian.
“Dalam masa lima tahun misi kami adalah untuk menjadikan Opar sebagai hub hasil pertanian dan penternakan yang berjaya di kawasan Sarawak,” ujar Meneng. — DayakDaily