This Content Is Only For Subscribers
SERIAN, 14 Sept: Seorang wanita meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Serian-Kuching, Jambatan Sungai Rayang, di sini malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.37 malam.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pihak Bomba di lokasi didapati benar ada berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah Toyota Hilux telah terbalik dan terdapat seorang mangsa perempuan disyaki pemandu telah tercampak keluar dan dihempap oleh kenderaan tersebut.
“Manakala seorang mangsa lelaki berjaya dikeluarkan oleh orang awam di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.
“Komander operasi membuat size up dan mengarahkan anggota
mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kenderaan dan menyerahkannya kepada pihak KKM.
“Mangsa telah disahkan telah meninggal dunia dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Mangsa dikenali sebagai Nalasip Adoh berusia 44 tahun.
Seterusnya pihak Bomba membuat kerja pembersihan dan menabur habur kayu bagi membersih permukaan minyak.
Setelah selesai dan mendapati keadaan selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai. — DayakDaily