Wanita disyaki ejen judi ditangkap di Batu 7

Anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi serbuan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


PADAWAN, 27 Sept: Seorang wanita disyaki ejen judi dalam talian ditangkap dalam satu operasi di sebuah kedai makan di Batu 7, Jalan Penrissen semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata suspek berusia 24 tahun itu ditangkap selepas pasukan serbuan menemui beberapa bukti mengaitkan dia dengan kegiatan perjudian tersebut.

Susulan itu, suspek yang berasal dari Lachau, Sri Aman itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Turut dirampas daripada suspek ialah satu unit telefon bimbit, wang tunai dan kertas bertulis angka disyaki ID dan kata laluan judi dalam talian. — DayakDaily