Wanita bogel meminta wang, mengejutkan orang ramai

Kelihatan wanita bogel yang meminta wang dari orang ramai.

KUCHING, Mac 5: Seorang wanita yang bogel sambil meminta wang telah mengejutkan orang ramai di satu medan selera di Kota Sentosa di sini, sekitar jam 8 malam semalam.

Wanita tersebut dianggarkan berusia 30an dan dipercayai mungkin mengalami masalah mental. Beliau merayu orang ramai dari meja ke meja bagi memberikannya wang sebanyak RM10 di medan selera itu.

“Tolonglah ‘uncle’ saya mahu RM10 bagi membeli baju,” katanya sambil menunjukkan dirinya yang tiada sebarang pakaian dan hanya meninggalkan medan selera tersebut apabila ada orang ramai memberinya wang.


Seorang pekerja medan selera terbabit berkata kemungkinan wanita tersebut pesakit mental dari Hospital Sentosa yang terletak berhampiran.

“Tetapi biasanya wanita itu mengunjungi medan selera di tempat lain di Kota Sentosa dan ini kali pertama melihatnya datang ke tempat kami,” katanya. — DayakDaily