This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 18 Jun: Vivyene Voon Xien Sin dinobatkan sebagai Kumang Gawai Daerah Gedong 2023 pada Majlis Sambutan Gawai di Dewan RTP Munggu Lalang malam tadi.
Pada majlis yang dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu, Vivyene mengalahkan 10 peserta peringkat akhir yang lain.
Dengan gelaran Kumang, beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 beserta trofi.
Tempat kedua disandang oleh Merryssa Nightangle Guang dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,300 beserta trofi dan sijil penyertaan.
Manakala tempat ketiga disandang oleh Carissma Anti Jawing yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 beserta trofi dan juga sijil penyertaan.
Manakala, peserta yang mendapat saguhati masing-masing membawa wang tunai berjumlah RM300.
Hadiah telah disampaikan kan Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee. — DayakDaily