70 peratus bajet tahunan khusus tingkatkan infrastruktur luar bandar — Abang Johari

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (file pic)

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

GEDONG, 17 Jun: Tujuh puluh peratus bajet negeri diperuntukan untuk pembangunan luar bandar, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, ia adalah untuk meningkatkan infrastruktur luar bandar seperti jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik.

“Kita dapat tambah pendapatan negeri, maka kita beri balik kepada luar bandar,” katanya di Majlis Sambutan Gawai Daerah Gedong di Dewan Kampung Munggu Lalang Malam ini.

Tambah Abang Johari, usaha kerajaan menerokai ekonomi baharu telah menampakan kejayaan.

Sebagai contoh katanya, Sarawak telah berjaya menghasilkan hidrogen kerana minyak akan habis satu hari nanti.

Selain itu katanya, Sarawak memiliki keupayaan untuk menyimpan karbon di dasar lautan.

“Negara Jepun dan Korea minta tolong kita tangkap karbon. Ya kita boleh tangkap dan kita minta bayar perkhidmatan itu,” ujar Abang Johari. — DayakDaily