Video tular menunjukkan dua perompak terjah pemilik kedai di Pujut

Dua suspek dirakam CCTV kedai terbabit, dilihat menerjah ke arah mangsa sebelum melarikan sejumlah wang dalam beg plastik.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 28 Feb: Dua lelaki disyaki warga tempatan dirakam masuk ke sebuah kedai di Pujut 2 di sini malam tadi (Ahad), sebelum melakukan rompakan.

Dalam rakaman video litar tertutup (CCTV) kedai tersebut yang berdurasi 18 saat, kedua-dua suspek dilihat memasuki premis berpura-pura membeli barang di dalam sebelum menerjah ke arah mangsa dan melarikan diri bersama wang tunai.

Advertisement

Kejadian dipercayai berlaku sekitar 7.50 malam.

Video kejadian telah tular di media sosial sejak awal pagi tadi.

Ketika kejadian, hanya mangsa, seorang lelaki berusia sekitar 60-an berada di dalam kedai.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, pihak polis belum menerima laporan mengenai kejadian rompakan terbabit. — DayakDaily

Advertisement