Van terbakar, dua dipercayai rentung

Keadaan van tersebut yang terbakar.

SIBU, 20 Julai: Sekurang-kurangnya dua individu dipercayai rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah van di Jalan Stabau, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi apabila van tersebut dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok lalu terbakar.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan sehingga berita ini ditulis.


Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.10 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi masih dijalankan di lokasi kejadian.

Beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu turut hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

(Berita lanjut akan dikemaskini)

— DayakDaily