Van terbakar di belakang Emart Batu Kawa

Van tersebut musnah terbakar dalam kebakaran.

KUCHING, 7 Julai: Keadaan di belakang bangunan pasar raya Emart di Jalan Batu Kawa, di sini kecoh apabila sebuah van terbakar petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 1.10 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah van jenis Nissan yang telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan Bomba menggunakan tindakan pemadaman satu aliran salur bantu mula 200 kaki,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.57 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily