Oleh DayakDaily Team
KUCHING, 9 April: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggesa seluruh rakyat agar tidak terpengaruh dengan budaya dan pemikiran ekstrim dari luar.
Dalam ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024, beliau mengajak semua untuk bersama-sama mengekalkan kestabilan yang ada di Negeri ini.
“Kita harus bersyukur kerana Sarawak dirahmati dengan nikmat keharmonian dan kedamaian.
“Nikmat ini dirasai meskipun kita terdiri dari pelbagai agama dan kaum,” kata Awang Tengah.
Sementara itu, beliau dan isteri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman mereka di Lot 1937, Taman Klasik Lawas pada Hari Raya kedua dan ketiga.
Justeru orang ramai dijemput datang mulai 9.30 pagi hingga 5 petang. — DayakDaily