Unit Udara Bomba guna kaedah ‘water-bombing’ padam kebakaran hutan di Limbang

Unit Udara Bomba melakukan operasi memadam kebakaran hutan.

Oleh Dean Adam

LIMBANG, Mac 24: Pasukan dari Unit Udara Bomba Miri hari ini meningkatkan operasi ‘water-bombing’ untuk memadamkan kebakaran di kawasan hutan Kampung Lubok Piasau dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, operasi pemadaman menggunakan kaedah ‘water-bombing’ itu sebuah Heli Mi17i Bomba dari Pangkalan Miri.


Menurutnya, unit udara bomba telah menjatuhkan lebih banyak air untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang turut berada di darat untuk memadam api di kawasan hutan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Tiong menambah, operasi memadam kebakaran hutan yang memasuki hari ketiga itu masih diteruskan.

“Maklumat tambahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” ujarnya lagi. — DayakDaily