UNIFOR serah RM1 juta kepada Gereja Katolik Holy Spirit Permyjaya

Lee di majlis penyerahan cek peruntukan UNIFOR kepada Gereja Katolik Holy Spirit Permyjaya Miri. Foto: UKAS
Advertisement

KUCHING, 2 Okt: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyerahkan peruntukan RM1 juta kepada Gereja Katolik Holy Spirit Permyjaya Miri.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), majlis penyerahan cek peruntukan itu telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin pada Sabtu.

Lee memberitahu, Sarawak akan terus menolak dan mengetepikan perbuatan ekstremisme dalam semua bentuk bagi memantapkan lagi masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan bertoleransi di negeri ini.

Advertisement

Di majlis itu, beliau yang juga Adun Senadin berkesempatan menyempurnakan gotong royong perdana Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan Jaya pada hari sama.

Lee kemudiannya mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 untuk sekolah itu.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Jeffrey Phang Siaw Foong, Guru Besar SK Tudan Jaya Suriyati Amit dan Uskup Miri, Right Reverend Bishop Richard Ng. — DayakDaily

Advertisement