Unifor salur RM470,000 untuk pembangunan gereja di Bario

Gerawat (barisan depan, empat dari kanan) pada lawatan ke sebuah gereja di Bario. Foto: TVS
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 8 Okt: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) menyalurkan geran berjumlah RM470,000 kepada pembangunan beberapa gereja di Bario pada tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

Menurut laporan TVS, Gerawat berkata, antaranya ialah Gereja Umum Bario menerima RM150,000 untuk menaik taraf bangunannya.

Advertisement

Manakala BEM Arur Dalan juga menerima RM150,000 bagi pembelian kelengkapan dan rumah pastor.

Unifor turut menyalurkan RM90,000 kepada BEM Pa Ukat dan RM80,000 kepada BEM Pa Umur untuk menyiapkan bangunan gereja.

ā€œUnifor terus memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan gereja di kawasan ini.

ā€œBantuan kewangan ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap komuniti di Bario,ā€ ujar Gerawat pada lawatan ke sebuah gereja baru-baru ini.

Sejak penubuhannya pada tahun 2017, Unifor telah memberi bantuan kepada enam buah gereja di Bario sebanyak RM1.26 juta. ā€”DayakDaily

Advertisement