Oleh Juetila Ozzy
MIRI, 10 April: Seekor ular sawa ditemui terperangkap di dalam reban selepas dikatakan menelan seekor ayam di Jalan Luak Bay, di sini pada jam 8 malam tadi.
Ekoran itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba Miri Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menangkap ular tersebut.
“Setiba di lokasi, didapati terdapat seekor ular sawa berada di dalam reban ayam tersebut.
“Pasukan bomba berjaya menangkap ular tersebut menggunakan penjerut dan telah dilepaskan ke habitat yang yang jauh dari kawasan penempatan,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba).
Pasukan Bomba kemudian beredar dari lokasi kejadian pada jam 8.28 malam. — DayakDaily