Ular sawa ditemui ‘tidur’ di bahagian enjin sebuah kereta berjaya dikeluarkan

Anggota APM berhasil mengeluarkan ular sawa tersebut selepas "bertarung" selama 15 minit.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 7 Dis: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) berjaya mengeluarkan seekor ular sawa berukuran sepanjang dua setengah meter dari bonet enjin sebuah kereta di sebuah kediaman di Jalan Sing Ching Chay, tengahari tadi.

Menurut pegawai APM Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, reptilia itu ditemui oleh pemilik kereta jenis Perodu Viva tersebut ketika hendak mencuci kenderaannya.

Advertisement

“Pihak APM menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.09 petang tadi,”ujarnya.

Pihaknya mengambil masa hampir 15 minit untuk mengeluarkan reptilia tersebut yang membelit bahagian enjin kereta pengadu.

Reptilia itu kemudiannya telah dilepaskan ke habitat asalnya. ā€” DayakDaily

Advertisement