Ular diselamatkan dari banjir di Marudi

Anggota Bomba menangkap ular tersebut sebelum dilepaskan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MARUDI, 6 Sept: Ibarat tetamu tak didendang, apabila seekor ular tedung turut muncul di tangga sebuah rumah ibadat di Pekan Marudi yang tengah dilanda banjir, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata panggilan kecemasan diterima berhuhung kehadiran ular tersebut pada jam 4.40 petang.

Katanya, pasukan bomba dari Marudi terus ke lokasi kejadian.


“Setibanya anggota bomba di lokasi, didapati terdapat seekor ular tedung dalam anggaran empat kaki panjang berada di anak tangga dengan tubuhnya masih di dalam air banjir.

“Anggota bomba kemudian menangkap ular tersebut dengan menjerutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, ular tersebut kemudian dilepaskan di pinggir hutan di hujung Jalan Setia, di sini.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5 petang. — DayakDaily