KUCHING, 27 Sept: Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) di bawah Jabatan Premier Sarawak kini telah berkembang pesat.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkembangan itu melibatkan penambahan aset, infrastruktur dan modal insan sejak penstrukturan semula UKPS pada 22 Jun 2017.
“Perkembangan itu juga merangkumi penugasan operasi di darat dan laut selari dengan hasrat rakyat dan keperluan keselamatan semasa Sarawak,” katanya.
Abang Johari berkata demikian dalam Majlis Jamuan Malam Beristiadat UKPS 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, malam tadi.
Dalam ucapan yang sama, beliau turut menzahirkan rasa amat berpuas hati dengan prestasi UKPS sejak penstrukturan semula dengan adanya warga kerja yang terlatih dan komited.
Justeru katanya, UKPS akan dapat ācomplimentā usaha agensi-agensi keselamatan yang lain dalam kawalan keselamatan Sarawak dengan lebih baik.
Majlis yang diadakan malam tadi bertemakan āTowards Ubiquitous Securityā, satu tema yang berwawasan dan berani, berpandangan jauh dan berperspektif yang luas.
Jamuan malam beristiadat juga bertujuan untuk mewujudkan identiti organisasi, semangat setiakawan serta melahirkan āgentleman officerā.
Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah UKPS dan Datu Dr. Chai Khin Chung. ā DayakDaily