Ugak lawat mangsa kebakaran di Uma Bakah di Sungai Asap

Ugak (tengah) semasa lawatan ke kawasan kebakaran di Uma Baha di Sungai Asap.

KUCHING, 9 Jan: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wilson Ugak Kumbong pada semalam melawat mangsa kebakaran di Uma Bakah, Sungai Asap di Belaga.

Pada lawatan itu, Ugak yang juga MP Hulu Rajang menyampaikan sumbangan sejumlah RM16,000 kepada mangsa yang melibatkan 16 pintu Blok F, Uma Baha.

Selain itu, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kampung-kampung sekitar Penempatan Semula Bakun serta Belaga turut prihatin menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran.


Pada Khamis lepas (5 Jan), Blok F yang terdiri daripada 16 pintu rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam kebakaran.

Hadir sama Adun Murum Kennedy Chukpai. — DayakDaily

Ugak (empat dari kanan) menyampaikan bantuan RM16,000 yang diterima oleh wakil mangsa kebakaran.