Ubahsuai tangki Hilux, bawa minyak diesel bersubsidi, seorang lelaki ditahan polis

Padah ubahsuai tangki bawa minyak diesel diseludup, seorang ditahan.


This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

MIRI, 8 Jun: Taktik penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan mengubahsuai tangki sebuah kenderaan pacuan empat roda berjaya dihidu pihak berkuasa pada Rabu di Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, semasa operasi Taring Kontraban yang diadakan sekitar jam 12.59 tengahari semalam, Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri, Sarawak telah menahan sebuah pickup Jenis Toyota Hilux berwarna hitam ditepi Jalan Kuala Baram Bypass sebelum Shell Permyjaya setelah mengesan kenderaan itu mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan dan pengakuan lisan dari pemandu kenderaan, suspek telah membawa minyak diesel di dalam tangki yang diubahsuai dan tong drum dan gagal mengemukakan sebarang dokumen di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” kata Alexson.

Suspek kemudiannya telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Justeru itu, pihak berkuasa telah menyita kenderaan pacuan empat roda tersebut yang dianggarkan bernilai RM95,000 dan minyak diesel di dalam sebuah tangki berwarna silver di belakang sebanyak 800 liter, seunit tong drum berwama putih di tempat duduk belakang penumpang sebanyak 200 liter anggaran nilai semasa RM 2,150 , sebuah tangki besi anggaran nilai semasa RM 1,200 dan satu tong drum anggaran nilai semasa RM 300.

Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM 98,650.00

Semua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada Pegawai Penyiasat KPDN Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. — DayakDaily