TYT Sarawak terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia

Taib (empat dari kanan) menerima kunjungan hormat Charles (tiga dari kiri) di kediaman rasminya di Demak Jaya. Foto: Ukas

KUCHING, 18 Julai: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia H.E. Charles Hay di kediaman rasminya di Demak Jaya, di sini pada Isnin.

Turut mengiringi beliau dalam kunjungan hormat tersebut ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Charles dalam pada itu menzahirkan penghargaaan dan berterima kasih kepada kerajaan Sarawak di atas kerjasama yang diberikan dan berbesar hati untuk berjumpa semula dengan Tun Pehin Sri Abdul Taib.


Beliau berharap hubungan baik di antara Sarawak dan United Kingdom akan terus dikekalkan menerusi kerjasama pelbagai bidang. — DayakDaily